Digitalize. Monitor. Simplify.Setiap ciri dalam SiteFlow lahir daripada masalah sebenar yang dihadapi kontraktor setiap hari:
Diari tapak memang wajib untuk kebanyakan projek. Tapi realitinya, banyak buku log ditulis tangan — ada yang tulisan jelas, ada yang sukar dibaca, dan lebih kerap lagi langsung tak dibuat. Bila tiba masa audit atau tuntutan, rekod yang sepatutnya ada… hilang begitu saja.
Ramai kontraktor rasa jadual CPM lebih jadi beban daripada satu alat membantu dalam pengurusan projek. Dalam mesyuarat kemajuan, jadual yang lemah, tak logik, atau tak dikemas kini sering jadi punca teguran. Sepatutnya jadual ini membantu kerja anda — bukan menjatuhkan maruah anda.
Sepanjang projek berjalan, banyak perkara perlu dipantau — penyerahan dokumen, kelulusan, dan rekod kemajuan. Tapi bila semuanya disimpan dalam fail fizikal atau telefon, pasti ada yang tercicir dan susulan jadi terlepas.
Klien dan perunding sering sukar memantau projek. Mereka terpaksa tunggu laporan, adakan mesyuarat, atau turun sendiri ke tapak hanya untuk tahu status kemajuan. Padahal, maklumat ini sepatutnya boleh dilihat bila-bila masa tanpa perlu menunggu.
Kisah Di Sebalik SiteFlow
SiteFlow bukan sekadar idea dari bilik mesyuarat syarikat perisian. Ia lahir daripada pengalaman bertahun-tahun pengasasnya sebagai kontraktor Malaysia — menguruskan tapak projek, berdepan mesyuarat kemajuan, berurusan dengan pembekal, dan menyelaras kerja antara kontraktor utama dengan subkontraktor dalam projek awam dan swasta.
Pengalaman sebenar di lapangan inilah yang diterjemahkan ke dalam sistem SiteFlow, aliran demi aliran. Bermula dengan mengemas log harian — rekod paling asas tetapi sering diabaikan — hinggalah ke jadual CPM yang dinaik taraf dengan bantuan AI, mampu membaca dokumen BQ anda sendiri.
Hasilnya ialah platform digital yang dibina oleh orang tapak, untuk orang tapak. Aliran kerjanya terasa betul di tangan kontraktor Malaysia — cukup teliti untuk projek dengan keperluan pematuhan ketat, dan cukup mudah untuk digunakan setiap hari oleh sesiapa sahaja dalam pasukan anda.
CPM — Jadual Projek
Kalau anda pernah sediakan penjadualan untuk mesyuarat tapak, anda sudah tahu separuh daripada ini. SiteFlow buat kerja yang sama — SiteFlow tahu projek tapak anda di Malaysia dan dengan SiteFlow kami bagi anda keseluruhan — AI, automasi, dan pemantauan real-time dalam satu sistem, dan ia siap sebelum anda sempat buat kopi.
Kelebihan SiteFlow CPM: boleh baca fail Microsoft Project (.xml), dan begitu juga sebaliknya — kedua-dua sistem ini saling memahami melalui fail .xml.
Muat naik BQ. AI baca, pecahkan ikut sistem kerja, dan rangka senarai tugasan penuh dengan tempoh dan turutan — untuk anda semak dan betulkan. Kerja dua hari jadi kerja satu petang.
Pilih negeri tapak. Sistem tahu Kelantan berehat Jumaat–Sabtu, dan cuti umum kebangsaan 2026 dan 2027 dimuatkan dengan satu klik. Cuti negeri dan tutup Raya anda tambah sendiri — sekali sahaja, bukan setiap kali buat jadual baharu.
Konkrit tak berhenti mengeras hari Ahad. Kastam tak tunggu hari bekerja. Tandakan tugasan begitu dan tarikhnya tak lagi diregangkan merentasi hujung minggu.
Kunci penjadualan yang dipersetujui. Selepas itu tiada siapa — termasuk anda — boleh mengubahnya. Setiap tugasan tunjuk berapa hari terpesong daripada perjanjian asal. Inilah yang anda perlukan bila tuntutan lanjutan masa dipertikaikan.
Hidupkan suis ini sekali untuk projek itu. Selepas itu supervisor tag tugasan dalam log harian, tarikh sebenar masuk sendiri, dan laluan kritikal serta Lengkung-S dikira semula. Anda tak perlu ingat untuk kemas kini penjadualan — anda cuma rekod apa yang jadi di tapak.
Hantar pautan dan kata laluannya. Klien nampak Gantt dan Lengkung-S yang sama, hidup dan terkini, tanpa perlu apa-apa dipasang dan tanpa boleh ubah apa-apa. Kurang satu emel susulan setiap minggu.
Bukan sekadar carta. Satu muka surat ringkasan mesyuarat: peratus sebenar lawan sepatutnya, unjuran tarikh siap, tugasan kritikal yang lewat, dan kerja 14 hari akan datang. Ambil, cetak, masuk bilik.
Bukan perisian yang duduk atas satu PC di pejabat. Semak jadual sambil berdiri depan kerja yang anda cakapkan.
Dan bila perunding minta fail Microsoft Project, hantar sahaja — import dan eksport XML serta cetakan PDF tersedia pada pelan Pro. Satu pelan, dua paparan; bukan dua pelan yang kena diselaraskan setiap bulan.
Ciri-Ciri Utama
Daripada dokumen BQ di awal projek hinggalah penyerahan akhir — setiap peringkat diurus dalam satu sistem yang bersambung.
Log harian kini lebih kemas dengan borang berstruktur untuk cuaca, tenaga kerja, subkontraktor, aktiviti, pelawat dan gambar tapak. Semua rekod tersusun, mudah dibaca dan boleh diluluskan ikut aliran kerja berperingkat. Bila diperlukan, rekod ini boleh dijana terus sebagai PDF profesional untuk audit atau laporan rasmi.
Muat naik dokumen BQ projek anda, dan AI akan pecahkan skop kerja serta cadangkan jadual CPM lengkap dengan tempoh dan hubungan logik. Semak, betulkan, sahkan — kerja berhari-hari siap dalam minit. Baharu: integrasi dwi-hala dengan Microsoft Project melalui fail .xml: Import jadual dari Microsoft Project ke SiteFlow. Eksport jadual dari SiteFlow ke Microsoft Project. Kelebihan SiteFlow CPM: Semua tugasan dan Gantt chart dijana automatik, lengkap dengan S-curve untuk pemantauan projek secara online, real-time.
Aktifkan pautan Log Harian–CPM dan setiap log akan ditandakan pada tugasan jadual. Tarikh mula dan siap sebenar dikemas kini automatik daripada rekod tapak, menjadikan jadual sentiasa hidup, bukan dokumen statik. Guna log digital harian dan tag pada tugasan, maka Gantt chart dijana automatik, lengkap dengan S-curve untuk pemantauan projek secara online, real-time.
ES, EF, LS, LF dan float dikira automatik, laluan kritikal diserlahkan, dan kalendar cuti projek diambil kira. Keseluruhan jadual boleh dieksport sebagai PDF pembentangan atau terus ke Microsoft Project melalui fail .xml. Aliran ini dwi-hala: jadual dari Microsoft Project boleh diimport ke SiteFlow, dan jadual SiteFlow CPM boleh dieksport semula ke Microsoft Project.
Paparan pemantauan khas dan pautan kongsi yang dilindungi kata laluan membolehkan klien atau perunding melihat status projek pada bila-bila masa — tanpa perlu akaun, tanpa perlu menunggu laporan.
Setiap tindakan direkodkan — siapa, apa, bila. Aliran kelulusan yang jelas dan jejak audit penuh memberi anda rekod yang kukuh untuk mesyuarat, audit dan tuntutan.
Antara muka penuh dalam Bahasa Melayu dan English, boleh ditukar bila-bila masa — dan berfungsi lancar di telefon, tablet mahupun komputer, di pejabat atau di tapak.
Data setiap syarikat diasingkan sepenuhnya, dilindungi kawalan akses berperanan, disandarkan, dan kekal milik anda — boleh dilihat dan dimuat turun walaupun selepas langganan tamat.
Cara Berfungsi
Daftarkan syarikat anda dalam beberapa minit dan jemput pasukan anda — tanpa kad kredit, tanpa komitmen.
Biarkan AI membaca dokumen BQ anda dan mencadangkan jadual penuh. Anda semak setiap butiran, laraskan mana yang perlu, dan sahkan. Sudah ada program kerja dalam Microsoft Project? Import fail XML terus masuk — dan eksport keluar semula bila-bila masa. Dua aplikasi berlainan, tetapi tetap membaca satu sama lain.
Pasukan tapak merekod terus dari telefon. Jadual dikemas kini, pihak pemantau melihat kemajuan, dan setiap rekod tersimpan kemas.
Pembantu Dalam App
Setiap skrin SiteFlow ada Mat — pembantu yang faham setiap fungsi sistem ini. Anda tak perlu manual, tak perlu sesi latihan, dan tak perlu risau tersalah langkah.
Buka mana-mana skrin dan tekan Mat — langkah demi langkah untuk skrin itu terus keluar. Sentiasa tersedia, tanpa had.
Taip soalan macam anda tanya rakan sekerja — "macam mana nak isi log harian?" — dan Mat jawab terus, dalam BM atau English.
Jawapan Mat disemak dan diluluskan oleh pasukan SiteFlow, bukan jawapan AI mentah. Kalau Mat tak pasti, dia mengaku dan tunjukkan jalan ke sokongan.
Mat hanya tahu CARA sistem berfungsi. Ia tidak boleh membaca, mengubah atau memadam data projek anda — memang tiada jalan untuknya berbuat begitu.
Mat
Pembantu Dalam App
Mat menunggu di skrin pertama anda — daftar dan cuba tanya sendiri.
Kawalan Jadual
Jadual yang cantik tidak berguna kalau anda cuma perasan ia tergelincir selepas terlambat. SiteFlow mengira semula laluan kritikal setiap kali data berubah — dan memberitahu anda awal.
Semua amaran merah dikumpul dalam satu kad boleh-kembang: pelan lawan kontrak, keadaan semasa, tugasan kritikal lewat, dan kerja luar turutan. Bersih bermakna hijau — bukan senyap.
Tarikh siap kontrak dilukis terus atas carta. Tugasan yang melepasinya kelihatan serta-merta, tanpa perlu kira sendiri.
Enjin CPM sebenar mengira float setiap tugasan — anda tahu berapa hari lagi ia boleh bertahan sebelum tarikh siap tergugat.
Pautan kongsi kepada klien dan perunding memaparkan angka yang sama seperti papan dalaman anda. Tiada dua versi kebenaran.
Ketahanan Data
Log harian, foto dan jadual anda ialah rekod kontemporari — nilainya bergantung pada ia masih ada bertahun kemudian. Itu dilindungi secara berlapis.
Pangkalan data dan setiap foto disalin ke storan berasingan di luar platform, setiap malam, tanpa anda buat apa-apa. Salinan harian disimpan 35 hari; salinan bulanan kekal.
Cermin backup bersifat tambah-sahaja: fail yang dipadam dalam app kekal dalam salinan. Silap padam tidak memusnahkan bukti tapak anda.
Pengasingan dikuatkuasakan di peringkat pangkalan data, bukan sekadar penapis dalam kod aplikasi — satu lapisan pertahanan yang berdiri walaupun kod tersilap.
Prosedur pemulihan bertulis langkah demi langkah, dan pemantauan automatik yang memberi amaran kepada pasukan platform jika backup malam gagal berjalan. Kegagalan senyap tidak dibenarkan.
Pakej & Harga
Mulakan secara percuma, nilai sepenuhnya dengan projek sebenar anda, dan langgan hanya apabila anda yakin ia berbaloi.
Akses penuh untuk menilai SiteFlow dengan projek sebenar anda — tanpa kad kredit, tanpa komitmen.
30 hari penuh — cukup untuk satu kitaran tuntutan, atas projek sebenar anda.
Untuk syarikat yang menggunakan SiteFlow dalam operasi harian — kuasa AI penuh dan tiada gangguan.
Harga tertakluk kepada paparan semasa dalam aplikasi ketika melanggan. Bayaran selamat melalui FPX/ToyyibPay. Selepas langganan tamat, data anda kekal selamat dalam mod baca-sahaja — tiada data dipadam.